Baru Je Peminat Pat4h Hati Dgn Zul Ariffin, Sekali Terb0ngkar Siapa Gadis Cantik Ini

BARU-BARU ini kecoh apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik foto selfie bersama seorang gadis cantik di Instastory miliknya sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya status hubungan mereka.

Enggan netizen terus berteka-teki, wanita bernama Sharleen atau nama sebenarnya Sabrina Sharleen, 24, memberitahu mereka sudah mengenali satu sama lain sejak tiga tahun lalu.

Namun, katanya, hubungan antara dia dengan pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu hanyalah kawan biasa semata-mata.

“Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali

“Ada satu hari tu saya cakap kat dia why not one day you let me into your drama, saya nak belajar.

intro-zul-e1638864700580

Foto yang menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

“So ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama Tarik Aku ke Syurga,” katanya kepada mStar.

Mengakui kapsyen pada foto tersebut mengundang spekulasi netizen, Sharleen berkata, tujuannya memuat naik foto itu hanya ingin mengusik pengikutnya di Instagram miliknya yang rata-rata meminati Zul Ariffin.

Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul ariffin.

SHARLEEN

“Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul ariffin.

“Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda tu real. Saya terharu juga baca komen yang memuji dan positif.

“Tapi dont worry, he still single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Zul pun repost dia letak caption dan buat biasa je,” ujarnya.

90244992_510536169564120_8739815578371409413_n

Sharleen teruja dapat melangkah ke industri hiburan.

Bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan yang kini berkerja sebagai ejen insurans dan perunding unit amanah berharap penglibatannya dalam industri hiburan diterima ramai.

“Saya masih baru dalam industri banyak benda lagi nak belajar da cari banyak pengalaman lagi

“Untuk masuk dalam industri insyaAllah kalau ada rezeki saya akan teruskan,” ujarnya.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *