Hilᾰng kerja, hilᾰng hᾰk kebebᾰsᾰn, tpi aku tᾰk tᾰkut – Rita Rudaini luah sesuatu…

Pelakon Rita Rudaini berkongsi luahan mengenai keadaan dirinya sepanjang digelar anti-vaksin oleh sesetengah pihak.

Jelas Rita, dia akui telah hilang pekerjaan kerana enggan menurut ‘perintah’.

Malah, dia juga menyatakan telah hilang hak kebebasan.

“Aku hilang pekerjaan kerana enggan turut perintah, aku juga hilang hak kebebasan.

“Tapi aku tidak peduli, tidak takut yang aku takut kalau aku hilang Allah. Kerana DIA lah aku masih hidup.

“Kerana DIA aku masih diberi rezeki entah dari mana datangnya. DIA juga mengirimkan orang yang baik untuk berkongsi rezeki dengan aku dan anak-anak.

“DIA membantu ku walaupun aku bukan hamba-NYa yang taat dan baik,” katanya menerusi satu posting di Instagram Story.

Pada masa sama, dalam posting berasingan Rita memberi nasihat untuk orang ramai menjaga diri dan menjauhi virus Covid-19.

“Diri ko sendiri ko jaga lah jangan sampai virus serang.

“Kalau kau sakit, rawat diri sendiri. Jangan sibuk nak cari mangsa lain jadi bahan fitnah kononnya org itulah penyebab kau sakit.

“Kenapa nak salah kan orang lain bila kau sakit? Kenapa kau tak salah kan diri kau,” katanya.

Sekadar info, Rita sebelum ini menafikan dirinya seorang anti-vaksin sebaliknya lebih selesa digelarkan sebagai prosafe.

Jelas Rita, dia percaya pada vaksin namun berdasarkan kajian terperinci dan telah terbukti meyakinkan.

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe. Korang boleh panggil saya prosafe. Saya Rita Rudaini dan saya prosafe,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: SitiAafiyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *