Aktor Akui Masih Lelaki Sejati Walau Berlakon Cerita Gay, Ustazah Asma Harun Tampil Beri Teguran

Awal Disember yang lalu, telah tular di media sosial mengenai sebuah siri tempatan, Stay Away From Me yang diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis, Blued. Siri hubungan cinta gay ini telah mendapat teguran dari pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun terhadap siri tersebut.

Terkejut Dengan Babak Dalam Trailer Siri Hubungan Sejenis

Menerusi posting di Instagram, pendakwah bebas ini akui terke.jut dengan babak-babak yang terdapat dalam trailer siri hubungan sejenis tersebut lebih-lebih lagi dilakokan oleh remaja Melayu Islam.

“Sungguh, saya terkejut dengan babak-babak di dalam trailer tesebut. Apatah lagi apabila memikirkan ia dilakukan oleh remaja Melayu Islam yang hanya berusia 17 tahun.”-Ustazah Asma Harun

Akui Ia Cabaran Besar Yang Harus Dihadapi Remaja Hari Ini

Tambahnya lagi, walaupun pelakon yang melakonkan watak gay itu tidak tahu bahawa siri lakonannya telah ditaja oleh sebuah aplikasi terbesar, ia sudah cukup menunjukkan cabaran besar yang perlu dihadapi remaja hari ini.

“Walaupun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu perlu melakonkan watak sebagai lelaki g4y dan tidak tahu bahawa siri lakonannya itu ditaja oleh salah sebuah aplikasi gay yang terbesar,

Namun itu sudah cukup menunjukkan cabaran besar yang dihadapi oleh anak-anak remaja kita pada hari ini.”-Ustazah Asma Harun

Titip Pesanan Buat Ibu Bapa & Penjaga

Pendakwah bebas ini turut menitipkan pesanan buat para ibu bapa dan penjaga untuk mengambil tahu mengenai kewujudan aplikasi seperti dating apps pasangan gay dan lesbian yang semakin meluas di media sosial.

“Duhai ibu ayah & penjaga. Kita perlu ambil tahu tentang kewujudan aplikasi janji temu (dating apps) pasangan g4y dan les.bian yang semakin meluas di media sosial. Sebagai contoh, aplikasi ‘BLU.ES’, ‘CYBERMEN’, ‘GRINDR’ dan banyak lagi.

Kalau diperhatikan lebih dalam, aplikasi-aplikasi sebegini bukan sekadar ‘dating apps’, bahkan salah satu cara yang digunakan untuk mempromosikan aplikasi tersebut ialah menerusi filem-filem pendek seperti ini.”-Ustazah Asma

Dipetik dari laporan Harian Metro, Pelakon Danish Iskandar yang baru berusia 17 tahun menjelaskan bahawa pada awalnya dia tidak tahu mengenai jalan cerita siri itu kerana kurang jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak produksi ketika pertama kali bermesyuarat.

Dia turut menegaskan bahawa babak romantik yang membabitkan dirinya dan seorang lagi pelakon lelaki adalah lakonan semata-mata.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Tq

Sumber: Murai 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *