Akhiri Status Ibu Tunggᾰl, Oktovia Manrose Selamat Bernikah Dngn Bekas Pemain Bola Sepak MU

Mengikut jejak langkah sepupunya, Uqasha Senrose, pelakon Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak Melaka United, Mohamad Khairul Esfan Mdisa.

Dinikahkan Oleh Iwan 

Pasangan mempelai ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi dalam sebuah majlis pernikahan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall pada malam Selasa.

Dihadiri 250 Tetamu

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 250 orang tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua mempelai. Sekadar info, Khairul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 kepada Oktovia dan menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Untuk rekod, Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abdul Rahman sekitar 2011 namun berpisah selepas empat tahun bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain,10 tahun.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa like komen & share. TQ

Sumber: Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *