Adira Beri Bantuan Banjir, Sekali Benda Lain Yang Netizen Perasan Sampai Jadi Bualan

Umum mengetahui yang ramai selebriti turun padang memberikan bantuan terhadap m4ngsa-m4ngsa b4njir sejak beberapa minggu lalu.

Sungguhpun ada yang tidak berkesempatan memberikan bantuan ketika musibah melanda, namun, masih ramai yang dilihat sama-sama berganding bahu menyediakan keperluan asas kepada mereka yang terlibat.

Maklumlah, selepas kediaman ros4k ditenggelami air, pasti makanan mudah masak seperti makanan-makanan kering dan keperluan asas lain merupakan item yang paling diperlukan oleh mangsa.

Melihat pada situasi berkenaan, penyanyi Adira tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyerahkan bantuan di sekitar Bentong, Pahang.

“Hi assalammualaikum, kita orang nak pergi Bentong. Good morning!” ujar Adira ringkas menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story miliknya.

Usai memberikan bantuan kepada penduduk setempat, Adira kemudian memuat naik beberapa keping gambar yang dirakam ketika mengelolakan urusan pemberian makanan di sana.

Menariknya, ada beberapa komen daripada peminat yang ‘risaukan’ kasut yang dipakai oleh Adira ketika aktiviti pemberiaan bantuan dijalankan.

“Hati-hati kak, takut kasut kak tu kena kutvk pakai kasut cantik datang melawat tempat banjir. Hati-hati,” tulis seorang pengikutnya.

“Kasut tak kena tu…” tulis seorang lagi pengikutnya.

“Kak Adira, pakai kasut yang mau pigi sawah tu bah,” cadang seorang netizen pula sambil meletakkan emoji ketawa.

Melihat pada perkongsian seterusnya yang dibuat oleh Adira di Instagram, aktiviti memberi bantuan kepada mangsa banjir diteruskan sehingga lewat malam.

Sekadar perkongsian dan jangan lupa komen yang baik baik sahaja. TQ

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *